Kongsi Apa Sahaja yang boleh beri banyak manfaat kepada ramai orang..

Showing posts with label BANTUAN PELAJARAN. Show all posts
Showing posts with label BANTUAN PELAJARAN. Show all posts

bang boleh terangkan flow ptptn dari awal sampai habis. Jadi boleh prepared awal-awal?

 Soalan : bang boleh terangkan flow ptptn dari awal sampai habis. Jadi boleh prepared awal-awal?

Jawapan: 

ada 2 pecahan utama iaitu sebelum masuk ke universiti apa perkara yang kamu kena sediakan pasal PTPTN ni dan yang kedua ialah apa yang perlu kamu lakukan semasa di universiti nanti. 

Bagi sebelum masuk ke universiti, ada beberapa perkara yang kamu dah boleh mula buat sekarang. Jangan tunggu lama-lama nanti lama2 lupa dah hahahaha..

1) beli no ptptn. 

Tak silap harganya hanya RM 5. Kalau zaman aku dulu ada GST jadi harga dia RM 5.06. Di mana nak beli? Boleh beli secara online, kaunter atau ATM BSN . 3-3 tempat ni boleh. Cuma risau kalau-kalau salah buat boleh sahaja terus gi kaunter BSN. 

bagi pembelian online no ptptn anda boleh ikut link ini https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/register . 

Muka depan pembelian secara online PTPTN. 

2) kalau yang tiada akaun sspn, boleh dah mula buat. 

Antara agen akaun sspn ni termasuklah maybank, bank islam dan BSN. Lain2 bank tak pasti. Harga nak buka dia tak silap aku Rm 20.. tapi standby sahaja Rm 50, takut aku silap, maklumlah dah pakai abah-abah ni hahahahah..

3) Jangan lupa buka akaun bank rasmi universiti masing-masing. 

Pergi ke Bank bawa surat tawaran cakap saya nak buka akaun bank sekian-sekian untuk tujuan belajar. kalau nak tahu universiti kamu guna akaun apa bolehlah tanya senior-senior. lain universiti lain akaun bank yang mereka kena buat. Misalnya UMS dan Uitm guna akaun Bank Islam tetapi USM guna akaun Maybank. 

4) Pergi register Online Permohonan PTPTN.  

kamu boleh terus masuk ke link ini https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/first-time-application. dan ikut sahaja panduan manual yang disediakan di sana. Isi maklumat yang diminta berdasarkan panduan yang telah disediakan ok?

Muka depan link yang saya berikan. 

5) biasanya pengesaham lulus atau gagal akan ambil masa sedikit sekitar 6 hari bekerja. Jadi bersabarlah anak muda ok. Selalu dia akan bagi email juga nanti pasal benda ni. 

6) kalau lulus. Terus print out dokumen tersebut atau simpan dalam bentuk pdf.. boleh dah prepared dokument berkaitan yg diperlukan dalam perjanjian nanti.. 

7) jangan lupa beli setem hasil.
tapi jangan matikan ok. Harga dia Rm 10 kalau tak silap. kena beli 2 keping.. nak beli tu boleh beli kat pejabat pos.. kalau tak beli masa sekarang nanti dekat universiti pun boleh cuma mungkin agak leceh dan payah sikit sbb “selagi stok masih ada” . 
Contoh gambar setem Hasil. 

Baik ini semua persiapan sebelum ke universiti . Di universiti nanti akan ada satu hari pegawai ptptn datang dan nak sahkan borang. Jadi nanti selepas penyerahan borang tersebut bermakna selesailah semua perkara, 


Share:

Antara Bantuan Pelajaran Master yang Boleh Anda Mohon


Sebelum itu saya ingin ucapkan tahniah buat mereka-mereka yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian dalam bidang master atau ijazah sarjana. Tahniah kepada anda sebab berusaha untuk meningkatkan ilmu anda ke satu tahap yang lebih baik.

Baiklah buat rakan-rakan saya yang ada masalah dalam kewangan untuk melanjutkan pengajian master dan memang teringin untuk sambung master berikut merupakan beberapa cadangan biasiswa atau pinjaman yang boleh anda mohon.

1) Biasiswa / pinjaman kerajaan negeri. 
  • setiap negeri menawarkan pinjaman atau biasiswa kepada rakyatnya. 
  • bantuan kewangan ini bergantung kepada peruntukan yang disediakan dalam belanjawan negeri masing-masing. 
  • ada negeri yang memberikan bantuan dalam bentuk One Off dan berterusan serta ada pula yang salah satunya. 
  • syarat asasnya ialah kamu sendiri orang negeri tu atau sudah menetap pada tempoh ditetapkan.
2) Biasiswa Program master IsDB 
  • ditawarkan khusus kepada negara-negara anggota IsDB atau kepada masyarakat muslim yang tinggal dinegara bukan muslim. 
  • Malaysia salah satu sebuah negara IsDB. 
  • antara syarat lainnya perlu menamatkan pengajian master secara full time dalam masa 2 tahun ( mode pengajian tak kisah sama ad course work, research atau campuran ) 
  • program ditawarkan majoriti untuk sains tulen tapi ada juga untuk sains sosial Dan permohonan secara online. Boleh try sebab tengah buka. Klik di sini.

3) Yayasan Bank Rakyat. 
  • diberikan kepada pelajar sepenuh masa. 
  • program dihadkan hanya yg disahkan oleh MQA / JPA / NVTC sahaja. 
  • perlu mendaftar secara online. 
  • dia akan minta kamu buka akaun bank rakyat kalau kamu takde akaunnya. 
  • dokumen yang diperlukan dimaklumkan selepas kamu register. Klik di sini.

4) Biasiswa Menteri Pendidikan -Atlet cemerlang. 
  • biasiswa yg dikhaskan untuk atlet IPT @ atlet negara. 
  • hanya program yang diiktiraf MQA & JPA sahaja. 
  • permohonan dibuka online. 
  • perlu aktif dalam SUKMA / SUKIPT / SUA sebelum tarikh tutup permohonan. 
  • permohonn dilakukan secara online.
  • Biasiswa atlet tu tahun ni belum buka lagi. Jadi tak pasti sama ada diteruskan atau tidak.Klik sini. 
5) MyBrainSC
  • biasiswa dikhaskan untuk pelajar sains tulen iaitu fizik, kimia , biologi dan matematik. 
  • bagi pemohon sarjana, mereka perlulah terdiri daripada pelajar kelas pertama di peringkat ijazah sarjana muda. 
  • strugglekan ðŸĪĢ untuk tahun ni belum buka lagi, tak tahu ada atau tidak. Klik sini
6) Biasiswa Ditaja oleh Universiti. 
  • ada sahaja pelajar yang diberikan bantuan oleh pihak universiti sama ada dalam bentuk one off atau secara menyeluruh kepada siswa yang dianggap layak untuk mendapatkan tajaan tersebut. 
  • untuk ini kena sentiasa tengok laman universiti masing-masing kalau-kalau ada dibuka. 
7) PTPTN
  • inilah favourite semua kalau takde pilihan lain ðŸĪĢ. 
  • sentiasa ada untuk awak. Ehek. Klik sini.
8) Pinjaman JPA. 
  •  bagi pelajar master ini khusus untuk mereka yg sudah dapat JPA masa di degree (diutamakan). 
  • tujuannya adalah untuk galakkan pelajar penerima pinjamam JPA ini terus melanjutkan pelajaran ke tahap lebih tinggi dan akhirnya diikat bekerja sebagai kerajaan kelak jika dapat tawaran kerja kerajaan.  Klik sini

Baiklah itu sahaja dari saya. Terima kasih sebab sudi membaca ðŸĪŠ
Share:

Bantuan-Bantuan Awal Pengajian Ijazah Sarjana Muda Spesifik yang anda boleh Perolehi

Jika sesi lepas saya menceritakan kepada anda secara umum tentang bantuan awal yang boleh kamu perolehi (boleh baca di sini). Sekarang ini saya kongsikan kepada kamu beberapa bantuan secara spesifik.

Berikut merupakan bantuan/biasiswa/pinjaman yang sudah di buka berserta linknya. semoga berguna buat adik-adik yang akan menyambung pengajian. klik sahaja nama bantuan-bantuan tersebut. semoga bermanfaat.

JOHOR

  1. Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri Yayasan Pelajaran Johor. (Klik sini) 
  2. Insentif Harapan Siswa (IHS)  (Klik sini)
  3. Majlis Agama Islam Negeri Johor. (Klik sini)
KELANTAN

  1. Pinjaman Yayasan Kelantan Darulnaim (Klik sini)
  2. Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Kelantan.(Klik sini)
KEDAH
  1. Lembaga zakat Kedah. (Klik sini)
  2. Lembaga Biasiswa Negeri Kedah. (Klik sini)
KUALA LUMPUR 
  1. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Klik sini)
SELANGOR
  1. Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (Klik sini)
PERAK
  1. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak(Klik sini)
  2. Yayasan Perak Dermasiswa Harapan.(Klik sini)
TERENGGANU
  1. YAYASAN TERENGGANU (Klik sini)
SARAWAK 
  1. Kelab Belia Belaga Sarawak (Klik sini)
  2. Yayasan Pelajaran Sarawak. (Klik sini)
PAHANG
  1. Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang. (Klik sini)
PULAU PINANG 
  1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang. (Klik sini)
  2. E-Pinjaman Penuntut. (Klik sini)
  3. Biasiswa Kenangan Persatuan Melayu Pulau Pinang(Klik sini)
LAIN
  1.  RISDA - Skim bantuan Pelajar IPT. (Klik sini)
  2. Yayasan Bank Rakyat. (Klik sini)
  3. Biasiswa Yayasan Tun Sambanthan (Klik sini)
  4. Biasiswa Daikin. (Klik sini)
Semoga Berguna
Share:

Takde duit nak sambung belajar? Mungkin 8 Bantuan awal Pendaftaran Pelajaran ini boleh bantu anda.

Image result for bantuan duit

Tahniah kepada adik-adik yang mendapat tawaran belajar ke IPTA seluruh Malaysia. Buat adik-adik yang dapat sambung pengajian ke Sabah dan terlepas tips yang saya kongsi boleh lihat tips itu di sini 

Jadi buat adik-adik yang sudah membaca tips sambung pengajian tersebut, sekarang saya kongsikan pula 8 bantuan awal yang boleh anda mohon sejurus dapat sahaja tawaran belajar. Berikut merupakan 8 bantuan tersebut;

1) bantuan kemasukkan pelajaran negeri.
  •  inisiatif ini biasanya diberi kepada pelajar2 yang baru nak masuk ke universiti.
  •  kadarnya ikut yayasan negeri tersebut. Dan ada yang bersifat hanya one-off (macam brim)
  • boleh tengok di laman rasmi yayasan negeri jika buka.


2) Wang pendahuluan PTPTN.
  • bagi yang ada tanda click yes semasa isi upu yang lepas, bantuan ini akan diberikan kepada sesiapa sesiapa yang ada memohonnya.
  • bayaran setiap sem kemudiannya akan dikenakan mengikut jumlah pendahuluan yang diluluskan. bagi maklumat lanjut boleh lihat klik di sini.
  • jadi sem2 berikut kamu akan kurang dari kadar kawan2 kamu yang tidak mengambilnya.


3) zakat negeri
  • insentif ini diberikan kepada pelajar muslim.
  •  pergi ke pejabat zakat daerah masing2 dan mohonlah yup.
  • ada juga yg isi secara online dan ada yang borang disediakan online cuma hantar di pejabatnya kemudian.
  • nanti kamu rujuk dengan pegawai zakat tu yup.


4) Jawatankuasa kemajuan dan jawatankuasa Kampung (JKKK)
  • cuba tanya pada JKKK kamu.
  • kadang mereka ada sediakan bantuan pelajaran atau keputusan cemerlang.
  • jika ada mohonlah.
  • tak banyak tapi boleh kurangkan bebankan?


5) badan khairat.
  • ramai tak tahu ada badan khairat yang sediakan bantuan pelajaran pada ahlinya.
  • jika ada trylah mohon ok..


6) koperasi pekerja ( untuk ibu bapa yang kerja terutamanya kerajaan)
  • ada koperasi pekerja yang sediakan bantuan pelajaran kepada anaknya yang dapat sambung pengajian.
  •  anda juga boleh minta mak anda mohonkan.


7) perkeso
  • cuba pergi ke pejabat perkeso dan tanya jika anda layak dapat bantuan atau tidak.
  • terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja swasta tapi telah meninggal dunia.
  •  perkeso ada menawarkan bantuan pelajaran juga sebenarnya. 
  • pergi ke pejabat perkeso dan mohon borang bantuan pelajaran atau minta kalau ada biasiswa pelajaran. Jadi cubalah minta ok.


8) Bantuan yayasan Bank Rakyat. 
  • bantuan kepada pendapatan isi rumah bawah 3,000. 
  • boleh cuba memohon di laman webnya dengan klik di sini

Itu sahaja 8 bantuan yang mungkin anda boleh cuba mohon bagi yang baru nak sambung belajar. Semoga bermanfaat

Share:

Bila nak bayar PTPTN dan bagaimana cara pembayarannya?


Image result for ptptn

Buat anda peminjam-peminjam PTPTN , ini ada beberapa info penting yang boleh anda simpan untuk kegunaan nanti.

1) pinjaman PTPTN hanya boleh pada tahap pengajian berbeza untuk setiap satunya.

  •  Contoh jika kamu diploma, habis diploma boleh mohon degree untuk baharu ptptn kemudian master dan last skali phd. 


2) Jika kamu nak ambil double sijil pada tahap yang sama. PTPTN tidak akan menanggung pengajian yang seterusnya pada tahap yang sama. 

  •  Contoh jika kamu ambil degree sejarah. Habis sahaja kamu ingin mengambil degree psikologi. Sedang degree sejarah kamu ambil ptptn dan psikologi pun nak ambil PTPTN.. ptptn cuma tanggung yangg sejarah sahaja. (ijazah sarjana muda yang pertama sahaja)

3) Bagi yang sudah tamat pengajian. Pembayaran secara berjadual akan bermula setahun selepas tamat tempoh dalam perjanjian PTPTN atau pengajian kamu. 
  • Contoh jika dalam perjanjian tamat pada 31/8/2019, maka pembayaran berjadual bermula selepas 31/8/2020. 
  • cuma untuk langkah selamat cuba semak dengan pihak PTPTN. 

4) pembayaran PTPTN boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti banking online atau potongan gaji.

5) namun, pembayaran secara potongan gaji hanya boleh dilakukan selepas jadual pembayaran dikeluarkan oleh pihak PTPTN.

contoh jadual semakan baki terperinci PTPTN

6) Pembayaran mengikut jadual ini boleh dilihat dalam semakan pembayaran PTPTN yang perlukan kad pengenalan kamu itu. ( http://www.ptptn.gov.my/gateway/login.jsp )

7) Bagi yang ingin membayar awal sangat digalakkan. Sebab pembayaran awal sebelum bermula pembayarn jadual ptptn dikeluarkan akan, 
  • mengelakkan caj tertentu  dikenakan kepada kamu.
  • Jadi tidak mahu dikenakan charge, sila bayar sebelum jadual pembayaran dikeluarkan. (Bayar habis )

8) Jika kamu ingin membayar awal, antara caranya ialah dengan menggunakan pembayaran secara online.

9)  Senarai penuh bank-bank yang jadi agen PTPTN anda boleh lihat di laman webnya. Antara banknya ialah cimb bank, bank islam, maybank.

10) Panduan untuk pembayaran secra online juga disediakan di laman rasmi PTPTN
ringkasannya anda hanya perlu pergi ke bill payment —) dan cari bayaran pinjaman ptptn. No pinjaman PTPTN anda boleh dapatkan di laman web PTPTN dalam semakan baki ptptn anda tu.  ( https://www.ptptn.gov.my/secara-online-side)

11) Oh yup sebelum terlupa. Kalau kamu rasa pening dengan pembayaran ni, just bawa kad debit, bawa diri bawa kad pengenalan. Pergi kaunter PTPTN. bayar sahaja di kaunter. 😂😂😂 inipun cara pembayaran ptptn

12) Ok semoga berguna..
Share:

About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
semoga enjoy dengan page ini..

Wikipedia

Search results